Tuesday, July 22, 2008

Jadilah Cikgu Prihatin

Oleh : Cikgu Din

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah saya mulakan penulisan. Mudah-mudahan saya sentiasa di bawah peliharaanNya. Kerana Dialah yang Maha Berkuasa ke atas sesuatu.

Alhamdulillah, bersyukur rasanya kerana saya dapat meluangkan masa untuk menulis di ruangan laman cikgu prihatin ini. Semoga saya sentiasa menjadi orang yang prihatin. Walaupun saya bukanlah admin kepada Cikgu Prihatin, namun atas desakan untuk menjadi cikgu yang prihatin, maka saya rasa bertanggungjawab untuk menulis.

Inilah permulaannya...


UCAPAN TAHNIAH KEPADA CIKGU PRIHATIN

Sebagai permulaan penulisan saya di ruangan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada admin Cikgu Prihatin yang juga sahabat saya atas usahanya mewujudkan blog ini. Semoga usaha yang dilakukan dapat mengembalikan pemikiran cikgu bitara yang prihatin dengan isu-isu di sekelilingnya.

Ya!!

Inilah sebenarnya peranan mahasiwa, lebih-lebih lagi sebagai seorang bakal guru. Tentu sahaja kita memerlukan bakal guru yang mempunyai daya keprihatinan yang tinggi yang sensitif dengan isu di sekelilingnya. Bukanlah bakal guru yang mempunyai pemikiran yang beku, mempunyai sifat individualistik yang tinggi dan hanya hidup dalam dunianya sendiri. Maka hilanglah kebitaraannya.

Jadi, sebagai salah satu usaha untuk merialisasikan pembentukan cikgu bitara, blog cikgu prihatin ini diwujudkan. Saya sebagai penulis yang juga wakil kepada admin Cikgu Bitara setakat ini sangat mengalu-alukan kewujudannya.

”Alah, pelajar-pelajar kat UPSI ni bukannya nak ambil tahu sangat pasal isu-isu semasa.”

Inilah pernyataan yang pernah saya dengar. Maka, adakah kita nak membiarkannya? Sebagai cikgu yang prihatin, tentu sahaja tidak. Oleh itu, saya mengalu-alukan kepada semua mahasiswa UPSI untuk menjadi cikgu yang prihatin. Sama-samalah kita memeriahkan blog Cikgu Prihatin ini. Inilah wadah bagi kita untuk berkongsi pendapat. Inilah wadah bagi kita melatih diri untuk menulis dan bersuara. Inilah dia wadah untuk menjana minda. Tidak lupa juga, inilah dia wadah bagi kita membentuk generasi guru bitara.

Sebarang penulisan yang ingin dikemukakan, bolehlah dihantar ke email cikguprihatin@yahoo.com. Belajarlah untuk menjadi pendidik yang prihatin melalui penulisan. Semoga dengan penulisan yang kita hasilkan dapat membawa perubahan yang baik kepada semua.

MEMBENTUK GENERASI BITARA

0 comments: