Saturday, December 20, 2008

IPTA DIARAH KAJI KURIKULUM

Kementerian Pengajian Tinggi sedang menilai beberapa pembaharuan berkaitan sistem pembelajaran dan pengajaran di universiti awam bagi melahirkan graduan berkemahiran tinggi sejajar dengan keperluan pasaran Semua institusi pengajian tinggi awam diarah melakukan kajian mengenai kurikulum masing-masing setiap empat atau lima tahun. Kementerian Pengajian Tinggi sendiri akan menentukan bahawa pembaharuan dilakukan dengan memasukkan elemen yang boleh memenuhi matlamat kementerian dari segi melahirkan graduan yang berkemahiran dan terlatih dalam semua perkara. Hal ini juga mendapat input sektor swasta bagi menambah baik sistem pembelajaran dan pengajaran di universiti awam. Mengenai Universiti Apex pula, satu daripada sembilan universiti tempatan akan dipilih. Terdapat beberapa kriteria tertentu untuk membenarkan salah satu daripada sembilan universiti tersebut dipilih. Universiti yang akan terpilih kan mempunyai pelan perancangan komprehensif, hala tuju dan wawasan serta daya kepimpinan tinggi untuk capai matlamat dan membawa budaya baru kepada setiap perubahan. Sembilan universiti yang mengemukakan permohonan menyertai program tersebut ialah Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Sains Islam. Universiti Apex ialah pengiktirafan kepada universiti tempatan yang menjadi penanda aras di peringkat dunia dalam bidang pengajian tinggi.

0 comments: