Monday, August 18, 2008

INILAH HARAPAN KAMI

Kami, barisan Cikgu Bitara Pendidik Bangsa, mahasiswa Universiti Penddikan Sultan Idris sangat prihatin dan peduli pada isu-isu kebajikan mahasiswa termasuk isu yang berfokus kepada sahsiah dan kebitaraan seorang pendidik yang akan menjadi role model kepada masyarakat. Keprihatinan kami adalah sebagai penyokong dan pendokong kepada pentadbiran universiti dan falsafah pendidikan negara untuk melahirkan insan yang seimbang dari segenap sudut iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).

Kami pada asasnya sangat komited dengan program-program universiti sekiranya pihak PENTADBIRAN terutamanya pihak HEP upsi memberi satu wadah iaitu program-program yang dapat membina kredibiliti bukannya membunuh kredibiliti kami berstatus mahasiswa.

Justeru itu kami menuntut agar pihak pentadbiran UPSI terutamanya pihak HEP untuk merealisasikan harapan dan impian kami selaku mahasiswa UPSI yang inginkan ketelusan dan menuntut keadilan.

Inilah harapan kami:
1.Menitikberatkan pembangunan intelek, sahsiah dan rohani.

2.Menguatkuasakan undang-undang kepada pelajar yang bersalah terutamanya dalam kesalahan yang mencemari nama UPSI.

3.Mengawal ketat sahsiah pelajar dan mengadakan program-program bermanfaat sesuai dengan status mahasiswa dan pendidik.

4.Tidak mengenepikan nilai moral dalam setiap perkara yang dilakukan.

5.Bersikap adil dengan semua mahasiswa upsi dalam setiap perkara.

6.Peraturan-peraturan bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang boleh menyekat perkembangan kematangan mahasiswa. Bahagian hep haruslah mengkaji beberapa tindakann yang sedikit sebanyak membawa kepada kelesuan perjuangan mahasiswa. Majlis perwakilan pelajar jangan dijadikan majlis untuk mengiakan sahaja peraturan HEP ini umpama lembu dicucuk hidung.

1 comments:

sufi said...

Saya rasa cikgu prihatin kurang prihatin suasana di kampus. Saya lihat HEP banyak membuat program yg bermanfaat kpd pelajar. Namun, pelajar sendiri yg tidak prihatin dan turut serta dalam program2 tersebut. Malah pihak HEP tidak pernah menyekat perkembangan kematangan mahasiswa upsi. Harapan cikgu prihatin akan hanya tinggal harapan jika hanya bercakap di belakang tapi tidak berani bersemuka dengan pihak hep. Sekadar pandangan.