Sunday, December 21, 2008

Menyingkap tabir AUKU : Mahasiswa Wajar Bertegas Dan Tidak Berganjak!

Benarkah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan akta yang setaraf seperti Akta 174 Universiti Teknologi MARA Malaysia, tidak mencengkam hak asasi mahasiswa?Benarkah akta ini tidak langsung menyumbang ke arah pembetukan mahasiswa yang lembab, individualistik dan gila berhibur?Saya amat tertarik dengan hujah-hujah yang dikemukakan oleh, Saudara Khairuddin Mohd Zain dalam artikel beliau bertajuk “AUKU bukan alasan “ – Utusan Malaysia , Khamis 27 Mac 2008.Dalam kekecohan meneliti hasrat Datuk Seri Khalid Nordin, Yang Berhormat, Menteri Pengajian Tinggi yang baru, untuk mengkaji dan menggubal semula AUKU 1971 (Pindaan 1974) baru-baru ini, penulis artikel ini muncul membela akta yang tidak munasabah ini.Beliau secara angkuhnya enak sahaja mengkonklusikan pandangan mengenai akta ini bahawa, mahasiswa kita tidak punya isu politik dan AUKU tidak pernah menghalang membina cita diri yang penuh berwawasan dan kepimpinan bertanggungjawab.Semuanya berdasarkan pengalaman peribadi beliau. 2. Mengapa AUKU tidak relevan lagi?
3. Sebelum kita memutuskan dengan lebih mendalam samaada sesuatu perkara itu adalah relevan ataupun tidak, wajarlah kita analisa secara terperinci dan ilmiah.
4. Berikut saya gariskan beberapa analisa hasil dari rujukan beberapa kertas kerja, mengapa AUKU WAJAR DIPINDA SEANDAINYA TIDAK DIMANSUHKAN.
5. 1- Menafikan hak-hak asasi manusiaDi bawah Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu 1945 dan Deklarasi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi Manusia 1948, yang mana Malaysia menjadi salah satu anggotanya, telah digariskan bahawa:Article 1The purpose of United Nation are3- To achieve international cooperation in promoting and encouraging respect for human rights and fundamental freedoms for all without distinction as to race , sex, language or religion.Article 55The United Nation shall promote…c) universal respect for , and observance of, human rights and fundamental freedoms for all without distinction as to race, sex or religion.Article 55All Members shall pledge themselves to take joint and separate action in cooperation with the organization for the achievement of the purposes set forth in Articles 55.Antara artikel lain dalam deklarasi:Article 2Everyone is entitled to all the rights and freedoms set forth in this Declaration, without distinction of any kind, such as race, colour, sex, language, religion, political, or other opinion , national or social origin, property, birth or other status.Pada tahun 1998, wakil PBB, Mr Abid Hussain telah mengeluarkan laporan khas bahawa Malaysia GAGAL melindungi hak-hak tersebut.Beliau berpendapat bahawa wujud beberapa undang-undang yang mengekang hak untuk hak bersuara tersebut dan antaranya dalah AUKU.Mahasiswa dibataskan hak untuk mentadbir diri dalam hal-hal yang melibatkan kepentingan mereka sendiri dan disekat kebebasannya sebagai warganegara melalui segala pertubuhan dan saluran yang ada.Akibatnya, siswazah yang dilahirkan oleh universiti tidak mampu menangani pelbagai masalah di luar kampus , dan kebanyakkan pelajar tidak begitu berminat menyertai aktiviti mahasiswa kampus , khususnya aktiviti yang melibatkan isu semasa.
6. 2- Perkembangan mental pelajar tersekatAUKU bukan sahaja berjaya tidak mendisiplinkan mahasiswa malah berjaya mengikis kepekaan golongan intelek ini terhadap persoalan semasa yang berlaku di dalam dan luar kampus.Pelajar menjadi pasif dan isu-isu penting seperti isu rasuah, penyalahgunaan kuasa, gejala sosial dan lain-lain dipandang sepi.Jika ini yang dididik dari sekarang, apakah agaknya bayangan kita terhadap cara berfikir pemimpin 20 tahun akan datang?
7. 3- Terencatnya kecenderungan, sikap dan minat terhadap kegiatan PelajarLihat sahaja hasilnya selepas sekatan demi sekatan dikenakan untuk menghalang aktivis mahasiswa berani bersuara. Mahasiswa mula mengambil sikap protes negative dengan bersikap individualistic dan tidak peduli hal-hal sejagat.Ambil sahaja iktibar dari sambutan Pilihanraya Kampus yang berlaku. Ada sebuah universiti yang mana sememangnya sudah terkenal dengan kepincangan demokrasinya, terpaksa menggula-gulakan mahasiswa dengan tindakan tatatertib dan umpan pemberian barangan percuma demi memaksa mereka turun memeriahkan pesta tersebut. Pilihanraya kampus semakin malap dan tidak semeriah dahulu. Justeru maka tidak menghairankanlah seandainya selepas bergraduasi, rata-rata golongan muda tidak berminat mengundi untuk pilihanraya umum.Inilah hasil didikan universiti. Tutup mulut dan biarkan semuanya berlaku seperti yang dirancang pihak-pihak tertentu.
8. 4- Kecelaruan peranan HEP UniversitiHEP sebenarnnya ditubuhkan adalah untuk melicinkan segala urusan yang berkaitan urusan kemahasiswaan yang merangkumi soal kewangan, penginapan, kebajikan , kebudayaan , sukan hubungan dengan masyarakat luar dan sebagainya. Malangnya, melalui terma “budi bicara HEP” , bidangkuasa HEP boleh ditafsirkan sesuka hati seseorang pegawai dalam menentukan sesuatu perkara. Ada universiti menggunakan berbagai peruntukan yang ada dengan mengetatkan pengalawalan ke atas pelajar dan sindrom sperti pilih kasih, double standard juga wujud.Meskipun AUKU ada kewajaran perlaksanaannya, namun, beberapa seksyen dilihat sengaja dicipta untuk memusnahkan gerakan pelajar dan ini jelas membelakangkan kedaulatan undang-undang Negara dan apatah lagi undang-undang sejagat (Natural Justice)Seksyen – seksyen yang wajar diberi perhatian1- Seksyen 7
9. (1) - Melarang pelajar atau pertubuhan pelajar daripada memanggil berhimpun atau mengorganisasikan perhimpunan lebih dari 5 orang tanpa kebenaran dari Naib Canselor atau wakilnya.Larangan ini adalah amat bertentangan dengan konsep natural justice iaitu kebebasan untuk berhimpun di bawah artikel 10 Perlembagaan Persekutuan. Malah, angka 5orang juga merupakan suatu yang absurd dan ridiculous.
10. 2- Sekasyen 7 (3) – Tiada pelajar yang boleh menyertai mana-mana perhimpunan yang diadakan kecuali mendapat kebenaran Naib Canselor yang diberi kuasa olehnya.
11. 3- Seksyen 8 – Tiada seorang pelajar , pertubuhan, badan, atau kumpulan pelajar mempunyai atau mengguna atau yang ada dalam milik jagaan atau kawalannya suatu pembesar suara atau seumpamanya
12. 4- Seksyen 9 – Larangan penggunaan bendera, sepanduk, pelekat, poster
13. 5- Seksyen 11 – Melarang pelajar atau petubuhan pelajar daripada menjalankan sebarang aktiviti di luar kampus kecuali dengan kebenaran bertulis Naib Canselor. Larangan ini jelas terang-terangan memisahkan mahasiswa daripada masyarakat yang mana mereka berasal.
14. 6- Seksyen 12 – Melarang pelajar dari mengambil bahagian dalam apa-apa perniagaan, pekerjaan, atau lain-lain yang aktiviti sepenuh masa atau sambilan , yang menurut Naib Canselor adalah tidak diingini, seksyen ini menyekat ruang mahasiswa untuk mencari wang poket tambahan.
15. 7- Seksyen 15 (1) dan (2) – Melarang pelajar dan pertubuhan pelajar daripada menjadi ahli atau bersekutu dengan mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja dan lain-lain kecuali sebagaimana diperuntukkan di bawah perlembagaan Universiti atau diluluskan terlebih dahulu secara betulis oleh Naib Canselor. Harus disebut, bahawa umur layak mengundi di Malaysia adalah 21 tahun, justeru adakah ini bermakna mahasiswa hanya layak mengundi tanpa hak berpolitik??Elemen tekanan terhadap kegiatan mahasiswa jelas sekali bertentangan dengan semangat keperlembagaan (Constitutional spirit) apabila perkara 10 Perlembagaan Malaysia mengizinkan hak asasi manusia tersebut iaitu kebebasan berhimpun, bersuara atau mengeluarkan pendapat.a) Larangan menerbitkan risalah1- Seksyen 10 Larangan penerbitan dan pengedaran sebarang dokumen di dalam atau di luar kampus kecuali dengan izin Naib Canselor.2- Seksyen 6 (1) Melarang salinan teks bagi kuliah melainkan untuk pengajiannya dengan apa-apa cara kesemua atau mana-mana bahagian dari teks itu bagi tujuan penerbitan , pembahagian, atau pengedaran sama ada mendapat bayaran atau tidak.b) Larangan Pungutan WangSeksyen 15A (1) dan (2) : Larangan pelajar atau pertubuhannya daripada memungut wang atau menganjurkan dengan apa cara untuk memungut wang. Larangan tersebut boleh dikecualikan dengan izin Menteri atau diwakilkan kepada Naib Canselor dengan had dan syarat tertentuc) Larangan sosial dan prejudis terhadap kepimpinan mahasiswa1- Seksyen 15B (1) Pemegang jawatan atau orang yang menguruskan kumpulan pelajar adalah bersalah di atas nama persatuan tersebut melainkan dibuktikan mereka berusaha mencegahnya dan mereka akan didakwa walaupun tidak terlibat melakukan kesalahan itu.2- Seksyen 12 – Melarang pelajar mengambil bahagian dalam apa-apa pekerjaan , penggajian , perniagaan , perdagangan , dan lain-lain aktiviti samaada sepenuh masa atau sambilan tanpa keizinan Naib CanselorKuasa besar seperti terma budi bicara juga mampu disalahgunakuasakan oleh Naib Canselor sepertimana pegawai HEP yang mampu menafsirkan perkataan tersebut sesuka hati mereka oleh mana-mana universiti.Adalah dicadangkan agar, kuasa ini dipusatkan pada satu Majlis Universiti sahaja demi mengelakkan penyalahgunaan dan membenarkan tafsiran selaras dan sejajar untuk semua universiti.Berikut adalah beberapa kes Mahasiswa vs AUKU (Fail lama) Kes 18 Januari 2001- 7 orang pelajar ditahan ketika hampir bersurai setelah menyertai demonstrasi aman membantah penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Masjid Negara. Mereka ialah:1- Rafzan bin Ramli2- Herman bin Shahruddin3- Dzulkifli bin Idris4- Khairul Amar bin Mahmud5- Ahmad Kamal bin Abd Hamid6- Wan Mohd Sanusi bin Wan Mohd Noor7- Nik Noor Hafizi bin Nik IbrahimRafzan bin Ramli, pelajar tahun akhir Universiti Teknologi MARA telah dihadapkan ke mahkamah lembaga tatatertib pada 22 Jun 2001 untuk dibicarakan. Malang bagi beliau, notis penangguhan perbicaraan pada 15 Jun 2001 telah disingkatkan dari 2 minggu menjadi semingu dan beliau hanya menerimanya 2 hari sebelum perbicaraan. Beliau telah dinafikan hak untuk membawa saksi, peguam dan pemerhati serta tidak langsung dibenarkan melihatkan bahan bukti kes beliau sendiri. Perbicaraan hanya berkisar 3 soalan ringkas sahaja dan beliau dibuang universiti.Kes 23 Julai 2001 – Choo Chon Kai , Setiausaha Agung Persatuan Bahasa Cina Universiti Sains Malaysia disabitkan hukuman denda RM 200 kerana menjual dan memiliki lencana “mansuhkan ISA Zalim”. Turut menghadapi hukuman yang sama adalah rakan beliau , Lee Yen Ting , Presiden Persatuan Bahasa Cina USM atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan akhbar bertajuk ; Keengganan pihak universiti membenarkan penyertaan persatuan mereka ke Pertandingan perbahasan Universiti Malaysia – Singapura “ tanpa kelulusan universiti.Manakala 5 orang rakan mereka yang lain turut dibicarakan kerana meyertai perbahasan tersebut dan mereka diminta agar tidak mendedahkan hukuman yang dikenakan ke atas rakan mereka kepada sesiapa termasuk media.Kes 3Prestasi Akademik dan Disiplin PelajarMenyentuh isu demonstrasi yang membabitkan pelajar, setakat in masih tiada kajian empirical yang dapat mengaitkan demonstrasi dan kemerosotan akademik pelajar.Justeru tiada bukti yang menunjukkan bahawa gerakan pelajar mampu menyumbang kea rah kemerosotan akademik pelajar. AUKU hanya bersifat mengongkong pelajar semata.Pencapaian akademik adalah bergantung pada usaha dan sikap individu masing –masing. Lantas, kenyataan ini menafikan bahawa AUKU adalah instrument untuk meningkatkan mutu akademik pelajar adalah tidak berasas sama sekali.Berdasarkan analisa-analisa yang digariskan, adalah wajar untuk mahasiswa terus menerus bertegas pendirian mereka mengenai AUKU. Konsep keadilan dalam mendokong hak setiap individu tidak kira siapa mereka termasuk mahasiswa wajar diberi perhatian. Demi memastikan, kesinambungan penjanaan generasi mahasiswa akan datang yang lebih dinamis dan berkredibiliti maka keputusan untuk menilai, meminda malah memansuhkan akta ini adalah amat dialu-alukan.

Posted by cikguprihatin

0 comments: