Tuesday, March 24, 2009

Berfikir Kerana Allah


Maksud kerana Allah ialah ikhlas. Ikhlas memberikan sandaran terhadap reda Allah. Berfikir adalah aktiviti akal untuk sesuatu maksud.

Berfikir kerana Allah adalah menggunakan kekuatan akal dan daya taakulan untuk berfikir ke arah sesuatu yang Allah reda. Menggunakan akal untuk melihat tanda-tanda kebesaran Allah kemudian melakukan kajian dan penyelidikan berasaskan jiwa tadabbur yang tinggi menyebabkan hasil pemikiran membimbing kedekatan manusia dengan Penciptanya.

Menggunakan kekuatan akal untuk menyuburkan maklumat yang dipandu oleh asas-asas yang benar tentunya bakal membimbing manusia suka dan cintakan kebenaran. Menggunakan akal bagi membuat sesuatu pertimbangan yang menuntut keadilan dengan merujuk faktor pemikiran dan faktor syarak ia bakal mempedoman manusia ke arah natijah yang baik.

Oleh itu maksud berfikir kerana Allah adalah menghubungkan proses dan natijah pemikiran selari dengan pedoman dan petunjuk Allah. Akal saja tidaklah segala-gala. Akal yang dipandu oleh hikmah yang terungkap dalam al-Quran memberikan sumber yang memandu manusia berfikir. Daripadanya lahir kegiatan berfikir tidak semata-mata kerana berfikir tetapi berfikir yang selari dengan petunjuk Allah, tidak bercanggah dengan syarak dan mendapat reda-Nya.. Menjadi suatu tuntutan kepada para remaja untuk membina tradisi berfikir kerana Allah dan berhikmah kepada manusia. Ia bermakna para remaja harus ada asas-asas ilmu Islam yang baik. Ilmu ini akan memandu remaja dalam proses berfikir.

Ilmu Islam memberi remaja suluh supaya aktiviti akal tidak hanya berkembang begitu saja tanpa arah dan matlamat tetapi dipandu oleh sumber hikmah atau al-Quran supaya matlamat berfikir bakal memberi manfaat kepada yang lain.

Ramai remaja kini amat terpengaruh dengan pemikiran semasa yang bercorak popular. Tidak pula salah bagi remaja mengetahui asas-asas ilmu daripada sumber Barat dan Timur untuk maksud berbanding. Tetapi sebagai remaja Islam keupayaan berfikir yang dipandu oleh sumber hikmah atau wahyu menjadi terlalu penting supaya pemikiran berkembang dan subur atas maksud kebaikan dan manfaat. Inilah asas berfikir kerana Allah yang amat diperlukan oleh para remaja.

Remaja tentunya selalu berfikir tentang hiburan, cinta, makna kebahagiaan, kejayaan dan kecemerlangan, sahabat dan persaudaraan. Berfikir ke arah itu adalah sesuatu yang fitrah. Tetapi sebagai remaja Islam apakah sandaran berfikir tentang hiburan yang dikaitkan dengan reda Allah sekiranya hiburan difikir dan difahamkan sebagai alat mengisi kekosongan hati dan keceriaan diri secara nafsu-nafsi, menyubur keinginan yang menyebabkan hilang malu dan jati diri, pengagum kepada hiburan popular Barat hingga menjadikan remaja tidak berfikir ke arah memperkasakan budaya sendiri.

Remaja tentunya berfikir tentang cinta. Berfikir tentang cinta seadanya boleh menjerumuskan remaja ke arah cinta kenafsian dan haiwani. Remaja akan mudah terpengaruh dengan pemikiran cinta dangkal yang hanya sekadar ingin merasai kelazatan emosi yang sifatnya nafsu-nafsi lalu melampiaskan lafaz dan hajat yang mengheret remaja ke arah kerosakan.

Berfikir tentang cinta kerana Allah, membimbing remaja ke arah meletakkan Allah sebagai sumber yang tertinggi di mana puncak cinta kepada Allah membawa remaja kepada asas ketaatan dan kepatuhan kepada pedoman yang Allah berikan. Dalam pergaulan, Allah memberikan sempadan dan batasan kepada yang bukan mahram. Allah memberikan landasan syarak supaya cinta yang fitrah tersalur dengan jalan yang terarah. Mematuhi asas yang telah dipedomankan oleh Allah membawa kepada asas redanya. Dan percintaan yang terjalin atas reda Allah bakal membawa berkat terhadap kehidupan itu sendiri.

Begitu juga pemikiran ke arah kebahagiaan yang berasaskan nilai-nilai Rabbani membimbing remaja memahami maksud bahagia tidak saja dari sudut perasaan dan kenafsuan tetapi bahagia dalam erti kata yang sebenar dicapai dari sudut rohaniah yang tinggi melakukan kebaikan terhadap diri dan orang lain supaya asas kebahagiaan menepati jalan yang Allah reda.

*Kebahagiaan

Berbahagiakah hidup seorang remaja yang melakukan sesuatu tanpa mengambil kira reda Allah yang menyebabkan perlanggaran terhadap hukum-hakamnya dan akhirnya kebahagiaan hanya berbentuk kenafsian, terhasil sesuatu yang sifatnya sementara dan tidak membawa kepada kebahagiaan yang abadi. Kebahagiaan yang abadi menghubungkan remaja dengan Allah iaitu patuh akan pedomannya dan taat akan larangannya.

Oleh itu, berfikir kerana Allah memberikan remaja beberapa pedoman yang penting. Pertama, harus ada asas keikhlasan dalam membina jalan berfikir. Kedua, sandarkan berfikir kerana Allah dan hikmahnya kembali semula kepada remaja dan orang lain. Ketiga, pemikiran yang berasaskan ilmu tentang Allah supaya tanda-tanda kebesaran Allah menjadikan remaja kerdil dan kecil di sisi-Nya. Keempat, menjadikan reda Allah sebagai sumber kekuatan dalam berfikir supaya apa yang difikir oleh remaja sentiasa bersandarkan keselariannya dengan batas syarak yang dipedomankan oleh Allah. Kelima, harus ada rasa bersyukur dalam proses berfikir remaja kerana tanpa rasa syukur remaja mudah lupa akan diri dan boleh membawa kepada riak dan ujub.

Asas-asas di atas amat perlu bagi remaja dalam menjalankan kegiatan berfikir supaya kekuatan akliah yang dipandu oleh kekuatan nakliah bakal menemukan titik keseimbangan antara fitrah remaja dengan Sunnatullah atau ketentuan Allah. Allah mengatur alam ini di atas titik keseimbangan. Tanpanya planet dan bintang-bintang akan berlaga dan membawa kepada bencana.

Fitrah remaja mahukan kebaikan dan keindahan dalam hidup. Ia hanya mampu dicapai sekiranya sandaran kebaikan dan keindahan itu terlihat pada faktor alam yang menurunkan hujan, faktor air yang menghidupkan ikan-ikan, faktor bumi yang menghidupkan pohon-pohon, faktor udara yang membolehkan remaja bernafas. Itulah rahmat dan nikmat Allah yang di luar kemampuan manusia menciptakannya, dilimpahkan kepada kita untuk menikmatinya. Ia membimbing remaja berfikir betapa besarnya kuasa Allah yang membimbing remaja rukuk dan sujud mengakui kebesaran-Nya dan menjadikannya sebagai sumber amanah untuk kesejahteraan diri dan orang lain. .

Read more!

Teknologi Selamanya Alat Bukannya Matlamat


Perkembangan teknologi pada hari ini amat luar biasa. Kajian dan penyelidikan yang dibuat menghasilkan teknologi canggih merentasi dari batas teknologi komputer hingga ke teknologi bio yang merintis ke arah penemuan genetik yang menakjubkan.

Teknologi pada perspektif Barat dilihat sebagai matlamat dalam kemajuan dan perubahan. Pergantungan kepada perkembangan dan kemajuan teknologi menjadi bahagian penting dalam dasar dan sistem pendidikan di semua peringkat.

Islam tidak menolak kepentingan teknologi. Teknologi komputer umpamanya amat berguna untuk memperkaya, mempercepat, memperbanyak dan mempermudah kegunaan maklumat sesama manusia. Tetapi Islam melihat teknologi selamanya alat bukannya matlamat.
. Teknologi sebagai alat yang dihasilkan untuk membantu manusia mendapat kemudahan dan bantuan dalam kehidupannya. Teknologi menyebabkan gaya hidup berubah dan proses pengajaran dan pembelajaran berkembang.

Teknologi memberikan kesan kreatif dan inovatif dalam dunia pengeluaran dan perkhidmatan. Malah kemodenan dan kemajuan banyak digerakkan oleh kecanggihan teknologi. Pergantungan manusia kepada teknologi atau alat menyebabkan teknologi dirasakan segala-gala.

Manusia di samping memerlukan teknologi atau alat untuk menjadikan kehidupan lebih berkesan dan bermakna memiliki kualiti keinsanan. Manusia memiliki hati dan rasa, emosi dan psiki, pemikiran dan nilai supaya kualiti keinsanan tetap subur dalam keadaan yang fitrah.

Hubungan seorang suami dan isteri dijalin oleh kualiti kasih sayang dan persefahaman. Hubungan anak dengan ibubapa juga banyak berlegar sekitar keperluan contoh dan pengisian naluri dan keinginan supaya ia dipenuhi dengan asuhan, belaian dan tunjuk ajar yang baik.

Hubungan sesama manusia tidak saja dalam batas teknologi alat komunikasi tetapi memerlukan sentuhan perasaan suka dan marah, sayang dan benci, percaya dan yakin antara satu sama lain. Inilah sentuhan keinsanan yang menjadi matlamat hidup.

Sekiranya media cetak dan elektronik yang menjadi jalur komunikasi remaja untuk mendapatkan maklumat, hiburan dan pengetahuan apakah bahan-bahan yang diperolehi baik yang berupa perisian, program, maklumat, data dan kajian, menyumbang ke arah meningkat akal budi insan, menjadikannya lebih berilmu, memberikannya asas maklumat yang benar, memberikannya kesan hiburan yang tidak membawa kelalaian dan lupa terhadap Allah. Kalau itu asasnya teknologi digunakan untuk membangun kualiti insan.

Insan yang berada dalam keadaan fitrah tidak saja memerlukan teknologi untuk memudahkannya mendapat maklumat, tidak saja berguna membawanya dari suatu tempat ke tempat yang lain, tidak saja berfaedah untuknya membuat urusan, tidak saja penting untuk mendapatkan rawatan tetapi kualiti maklumat mesti membimbingnya ke arah ketepatan dan kebenaran.

Kualiti perjalanannya membolehkan ia sampai ke destinasi dengan selamat, kualiti pengurusan tidak saja baik dan berkesan tetapi ramah dan amanah, kualiti rawatan tidak saja meyakinkan tetapi disertai dengan kepakaran dan profesionalisme, maka teknologi dan etika berganding sama.

Oleh itu fokus remaja dalam bidang pengilmuan dan pendidikan tidak harus tertumpu kepada aspek-aspek teknologi yang sifatnya mekanistik semata-mata. Proses pengilmuan dan pendidikan seharusnya mengukuhkan remaja dan generasi muda dengan asas-asas ilmu kemanusiaan dan agama supaya ada sentuhan keihsanan dan keinsanan dalam aplikasi teknologi. Asas ini amat penting dan fundamental dalam strategi membangun modal insan yang integratif.

Memang Barat yang mendukung faham sekular dan liberal mementingkan aspek inovatif dan kreatif dalam menghasilkan teknologi. Barat tidak boleh menolak kepentingan nilai, etika, budaya dan tradisi yang baik dalam membangunkan keperluan teknologi untuk manusia dan perubahan. Oleh kerana teknologi adalah alat, tentu ada asas-asas keinsanan yang boleh memandu aplikasi teknologi bagi mencapai matlamat.

Remaja Islam harus faham bahawa kemajuan teknologi memang berguna untuk perubahan dan kemajuan. Dalam dunia hiburan dan muzik umpamanya peranan teknologi amat luar biasa melakukan revolusi muzik dan hiburan sehingga ia menjadi candu bagi generasi muda. Apakah muzik yang terpancar dalam budaya popular Barat mampu membimbing remaja menjadi manusia yang baik, beradab, tahu harga diri dan warisan bangsa dan umat, mengerti tentang mesej kemanusiaan dan peradaban atau memang budaya popular Barat itu sendiri sedang menanamkan jiwa pesimis, kegilaan kepada cinta murahan, rangsangan kepada seks bebas dan faham hedonisme, tidak melihat nilai agama dan kemanusiaan sebagai penting.

Sekiranya teknologi menjadi wahana menyebabkan lonjakan revolusi budaya tanpa Tuhan dan tanpa agama, maka teknologi telah disalahguna dan ia tidak menyumbang ke arah metlamat membangunkan kualiti insan. Oleh itu menjadi cabaran yang amat rumit bagi remaja Islam mendekati isu hiburan, muzik, dunia persembahan, sumber perisian dengan ilmu yang membolehkan manusia terhibur, memberikan apresiasi terhadap seni atau sesuatu yang indah.

Menghasilkan drama dan filem yang sifatnya mendidik supaya kecanggihan teknologi digunakan sebagai bahan didik yang berkualiti tinggi.

Kalau ia tidak berlaku, remaja Islam akan kekal sebagai pengguna budaya popular Barat dan menjadikan teknologi sebagai alat dan matlamat dan membiarkan dirinya diratah ibarat api yang membakar daun-daun kering di musim kemarau.

Akhirnya akhlak remaja akan menjadi debu dan berterbangan di tengah-tengah taufan nafsu-nafsi yang boleh menyebabkan remaja meminggirkan agama dan menganggap kemajuan dan kemodenan ialah Barat dan pembaratan.

- PROF. DR. SIDEK BABA

Read more!

Monday, March 16, 2009

• TAKLIMAT INSTITUT PENGIJAZAHAN SISWAZAH UPSI, BERKENAAN PELUANG SAMBUNG PENGAJIAN KE PERINGKAT MASTER DAN PHD DI UPSI SEPERTI KETETAPAN BERIKIUT:

TARIKH: 25 MAC 2009,
TEMPAT: BITARA SISWA.
MASA: 2.00 - 4.30 PETANG.

SEMUA DIJEMPUT HADIR.
PENYERTAAN SEM 6 DAN 7 ADALAH AMAT DIGALAKKAN

• FORUM ''PPSMI : SATU INOVASI DAN KONFRANTASI DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA'AKAN DIADAKAN SEPERTI KETETAPAN BERIKUT

TARIKH: 27 MAC 2009 ,
MASA: 8.30 PAGI
TEMPAT: AUDITORIUM.

AHLI PANEL YANG TERDIRI DARIPADA
1) PROF. EMERITUS ISAHAK HARON,
2) PROF. EMERITUS ABDULLAH HASSAN DAN
3) SDR. KHAIRUL ANWAR (S/U AGUNG PKPIM).

SEMUA DIJEMPUT HADIR.

Read more!

Thursday, March 5, 2009

Jahat dibalas dengan baik tanda ikhlas


oleh Pahrol Mohd Juoi
"Ayah tidak bertanggung- jawab! Dia tak layak menerima sesuatu apapun dari kami."
"Dia menagih harta?"
"Tidak, tetapi dia menagih kasih-sayang. Kasih-sayang yang dinafikannya dulu. Bukan setahun dua... tetapi hampir lima puluh tahun!"
"Begitu sekali?" balas saya simpati.
"Tak tanya apa dosa-dosanya terhadap ibu dan kami?"
"Tak payahlah, jika seorang anak dah begitu marah, tentu ada sebab-sebabnya. "
"Benar. Dia hakikatnya hanya ayah pada bin dan binti sahaja!" getusnya geram.Saya diam. Ini cerita sedih. Dia dan dua orang adik-beradiknya telah ditinggalkan ayahnya puluhan tahun. Ketika itu usianya baru dua tahun.
"Ayah pergi meningalkan ibu ekoran pertengkaran kecil pada satu petang. Ayah tak pernah pulang-pulang lagi selepas itu. Dan sejak itu juga saya, kakak dan abang dibesarkan oleh ibu. Ibu membuat apa sahaja untuk membesarkan kami – dari menjaja kueh, menjadi penoreh hinggalah mengambl upah mencuci kain di rumah orang. Baru tahun lepas ibu yang menjanda dan menederita hampir separuh abad itu meninggal dunia...." begitu ceritanya kepada saya pada awal perbualan tadi.

"Kenapa kini tiba-tiba saja ayah datang? Nak menjejak kasih konon!" katanya sinis.
"Awak masih memanggilnya ayah?" soal saya kembali.
"Kenapa? Itukan hanya panggilan. Nak panggil apa lagi? Tapi tak ada apa-apa yang penting di sebalik panggilan itu."
"Panggilan itu melayakkan dia mendapat kasih sayang awak!" pintas saya.
"Dia tidak layak. Tiada kebaikan yang pernah saya kecapi daripada dia," bantahnya.
"Apakah kita hanya perlu berbuat baik kepada orang yang berbuat baik kepada kita?" tanya saya, mengalih tumpuan.
"Logiknya begitulah. Buat baik kepada yang baik. Buat baik dibalas baik. Ini biasa. Hati kita yang menghukumkan begitu."

"Soal hati sangat relatif. Hati manusia berbeza-beza. Sedangkan kebaikan dan kebenaran adalah mutlak. Dan inilah asas agama. Kita perlu merujuk kepada agama. Maksudnya kepada Tuhan, maka barulah nanti rasa hati kita tepat dengan kebenaran dan kebaikan yang sebenar."
Dia tenang. Berfikir, mungkin.
"Pernah dengar bagaimana kisah seorang perempuan lacur diampuni Allah kerana memberi minum anjing yang sangat kehausan?" tanya saya.
Dia mengangguk.
"Masih ingat bagaimana Rasulullah SAW menziarahi wanita Yahudi yang sering meletakkan duri dan najis di jalan yang baginda sering lalui?"
Dia mengangguk.
"Pernah baca sejarah ketaatan dan kebaikan Siti Asiah sebagai isteri hatta kepada suaminya Fir'aun Laknatullah? "
Dia mengangguk.

"Apa maksud awak dengan kisah-kisah itu?"
"Kita itu... kisah saya dan kisah awak! Dalam hidup, Allah menyuruh kita berbuat baik. Dan suruhan berbuat baik itu Allah tidak bataskan hanya kepada orang yang berbuat baik kepada kita. Apalah kebaikan yang pernah diberikan oleh anjing kehausan itu kepada perempuan lacur tersebut? Apalah kebaikan wanita Yahudi yang sering menyakiti Rasulullah ? Dan Firaun suami Siti Asiah itu hakikatnya adalah sejahat-jahat manusia. Namun... kejahatan mereka itu dibalas oleh kebaikan... "
"Payah, hati kita tersiksa. Kita telah dizalimi, macam mana nak balas baik lagi?" akuinya terus terang.

"Itulah salahnya kita... hanya asyik memikirkan kita. Buat baikpun kerana kita, bukan kerana Allah."
"Apa maksud awak?"
"Kalau kita buat baik kepada orang yang buat baik kepada kita, itu ertinya kita buat baik kerana diri kita... bukan kerana Allah."
"Tak faham saya..."
"Apabila kebaikan telah kita rasai, maka timbul rasa nak membalasnya. Baik dibalas baik. Itu kerana diri kitalah. Tapi kalau kerana Allah... lain."
"Lain macam mana?"
"Kita tetap buat baik, walaupun tidak dibalas baik. Sekalipun kepada orang yang tak buat baik kepada kita..."
"Susah tu... hati kita menolak."

"Hati kita lagi? Kan masih terikat dengan 'kita'. Ketepikan diri kita. Buatlah baik atas dasar itu perintah Allah. Walaupun kebaikan kita tidak dibalas. Walaupun orang yang kita buat baik itu bukan orang yang baik. Itulah ikhlas. Bukti kita tak harapkan apa-apa balasan kecuali keredhaan Allah."
"Jadi, awak rasa ayah saya layak menerima kebaikan dari saya dan adik-beradik?
"Dia layak. Dan awak wajib memberikannya, " jawab saya pendek.
"Walaupun dia tak bertanggung- jawab? Tidak pernah bersusah kerana kami?"
"Jangan terikat kepada kebaikan atau kejahatannya lagi. Tetapi ingatlah kepada Allah. Allah wajibkan kita berbuat baik kepada ibu-bapa..."
"Maksud awak, buat baik kerana Allah?"
"Ya begitulah."
"Anih sungguh, orang jahat boleh jadi saluran kita kepada Allah."
"Ya, bila kita melayani orang jahat dan kejahatannya dengan satu kebaikan."

"Apalah hikmah agaknya ya... bila Tuhan perintahkan begitu?"
"Tentu banyak. Antaranya, kebaikan akan menyebabkan orang jahat menjadi insaf dan sedar."
"Macam mana tu?"
"Kembali kepada kisah-kisah tadi. Bukankah perempuan Yahudi yang jahat itu akhirnya tunduk dengan kebaikan Rasulullah saw dan akhirnya mengucap dua kalimah syahadah? Itu bukti, bagaimana orang jahat boleh jadi baik apabila dihadapi dengan kebaikan."
"Jadi, menurut awak, tidak mustahil ayah juga akan berubah jika kami berikan kasih-sayang kepadanya."
"Dia bukan akan berubah. Sebenarnya dia dah berubah. Sebab itu dia datang kepada awak. Dan sebaik sahaja awak berbuat demikian awakpun akan berubah."

"Berubah macam mana?"
"Hati awak akan menjadi tenang dan lapang. Kemarahan, dendam dan kekecewaan selama ini akan mula terpadam. Memaafkan, akan melegakan bukan sahaja pada ayah awak yang menerimanya malah awak yang memberinya juga. Percayalah. Itulah yang akan memberikan erti kemanisan iman."
"Tak sangka, bahawa ada diantara jalan mendekatkan diri kepada Allah kekadang ada pada orang yang derhakakan-Nya. Hakikatnya kejahatan juga boleh dijadikan kebaikan bila..."
"Kejahatan dibalas dengan kebaikan. Itulah maksud sabda Rasululah saw, buatlah baik kepada orang yang berbuat jahat kepada kamu! Pergilah bertemu ayah awak. Berikan kebaikan dengan tulus dan ikhlas. Berikan dia peluang membetulkan kesalahan lampaunya!"

Read more!

Tukang Kapak, Mungkar dan Nakir


Al-kisahnya seorang jutawan telah menulis satu wasiat -barang siapa yang dapat menjaganya di dalam kubur setelah beliau mati nanti akan diwarisi separuh dari harta peninggalannya. Lalu ditanya pada anak-anak semua adakah mereka sanggup menjaganya di dalam kubur nanti. Lantas menjawab anak, mana mungkin kami sanggup menjagamu wahai ayah kerana pada masa itu ayah sudah pun menjadi mayat.

Selang keesokan dipanggil semua adik-beradiknya dan beliau berkata, "Wahai adik-adikku sekalian sanggupkah kamu menjaga akan daku setelah aku mati nanti bersama selama 40 hari di dalam kubur yang kuhias indah seperti banglo mewah ini dan aku juga akan memberi setengah daripada harta ku kepada di antara kamu yang sanggup bersamaku."

Adik-adiknya pun menjawab, "Wahai abangku, adakah engkau sudah gila mana mungkin manusia sanggup bersama mayat selama itu di atas bumi inikan pula di dalam tanah."
Lalu dengan sedih jutawan tersebut membawa diri ke kamarnya. Beliau masih bertegas dengan hajatnya yang ingin ditemani di dalam kubur nanti apabila beliau sudah mati nanti. Dipanggil setiausahanya supaya diwar-warkan di dalam akhbar dan media akan wasiatnya itu.
Akhirnya sampai jugalah hari di mana jutawan tersebut kembali ke rahmatullah. Kuburnya dihias indah dan digali seperti sebuah banglo di dalam tanah yang mempunyai kemudahan harian selama 40 hari.
Pada waktu yang sama seorang Tukang Kapak yang sangat miskin telah mendengar akan wasiat tersebut lalu diberitahu kepada isterinya apakah dia perlu mengambil kesempatan ini untuk menjadi kaya.
Isterinya berkata, “Wahai suamiku, apalah sangat menjaga mayat tersebut selama 40 hari dibandingkan kerja-kerjamu di dalam hutan bertemu harimau dan hantu bajang ketika menebang kayu. Lagi pun makanan disediakan.
Tukang kayu tersebut dengan tergesa-gesalah ke rumah jutawan tersebut untuk memaklumkan kepada waris jutawan tersebut akan niatnya.
Keesokan harinya dikebumikanlah jenazah jutawan tersebut walaupun mendapat bantahan dari orang-orang yang tahu akan agama. Si Tukang Kapak tu pun ikut sekali turun ke dalam tanah bersama kapaknya.
Setelah tujuh langkah para hadirin meninggalkan tanah perkuburan maka datanglah Mungkar dan Nakir ke dalam kubur tersebut.
Si Tukang Kapak yang tahu sedikit pasal agama menyedari akan siapa yang hadir itu pun menjauhkan diri dari mayat jutawan tersebut. Terdetik di fikirannya bahawa sudah tiba masanya jutawan tersebut akan disoal oleh Mungkar dan Nakir.
Tetapi sebaliknya yang berlaku, Mungkar dan Nakir telah menuju ke arahnya dan lalu berkata.

Apa yang kau buat di sini?
Aku menjaga mayat tersebut selama 40 hari untuk mendapat setengah harta wasiatnya.

Apa harta yang kau ada sekarang?
Aku cuma ada sebatang kapak ini sahaja untuk mencari rezeki.
Dari mana kau dapat kapak ni?
Aku membelinya.
Lalu hilanglah Mungkar dan Nakir di hari pertama di dalam kubur tersebut.
Hari kedua di tanya pula, apa yang kau buat dengan kapak ni?
Aku menebang pokok untuk dijadikan kayu api untuk dijual.
Hari ketiga di tanya lagi pasal kapak tersebut pokok siapa yang kau tebang dengan kapak ni?
Kat hutan mana ada orang punya pokok.
Adakah kau pasti?
Lalu hilang lagi Mungkar dan Nakir hari ke empat.
Adakah kau potong pokok tersebut dengan kapak ini ukurannya dan beratnya sama untuk dijual?

Aku potong cincai-cincai je, mana boleh ukur sama rata lalu hilang dan muncul Mungkar dan Nakir tersebut selama 39 hari dan soalannya tetap sama berkisarkan kapak tersebut.
Di hari terakhir yang ke 40, datanglah Mungkar dan Nakir sekali lagi bertemu dengan Tukang Kapak tersebut.

Berkata Mungkar dan Nakir hari ini hari terakhir aku bersamamu buat seketika tapi aku akan bertanya pasal kapak ini. Belum sempat Mungkar dan Nakir menyoal beliau, si Tukang Kapak tersebut telah melarikan diri ke atas dan membuka pintu kubur tersebut.lalu di perhatikannya begitu ramai orang sudah menantikan kehadirannya untuk keluar dari kubur tersebut.
Si Tukang Kapak tersebut dengan tergesa-gesa keluar dan meninggalkan mereka semua dan sambil berkata ambillah korang semua harta tersebut dan aku tidak menginginkannya lagi.
Sesampai di rumahnya lalu si isteri berkata wahai suami ku, di manakah setengah harta peninggalan jutawan tersebut.
Maka jawab si Tukang Kapak. Aku tidak mahukannya lagi. Sedangkan harta aku yang ada kat dunia ini hanya kapak. Tapi apa yang di soal Mungkar dan Nakir selama 40 hari semuanya hanya pasal kapak ini. Apa akan jadi sekiranya harta aku begitu banyak. Bagaimana dapat aku menjawabnya.

------------ --------- --------- --------- --------- ---
If you want something, you just go for it..
if you get it, you won..
but if you don't get it,you don't lost
at least you have tried..
it's never a shame to lost after trying..
but it is a shame if you lost without trying..
sit back..and thinks about my words..
and you will know..
that I'm not lying"
"

Read more!

Tuesday, March 3, 2009

Bagaimana Isi Hati Ibu Ayah Kita?


Seorang ibu tua yang saya temui di Terminal Bas selatan Tanahair, sewaktu menunggu bas Eagle jam 8.30 mlm ke Kuala Lumpur, berbual sambil bercerita. Perbualan yang menyuntik keinsafan, berkisar tentang hati seorang ibu… "Dah tua-tua begini, kerjanya, susah hati saja nak", katanya pendek.
"Makcik susah hati mengenangkan anak-anak makcik. Anak bongsu makcik jarang sangat kirim berita. Dia dah lama di London. Makcik risau sangat tentang dia. Dah berkali-kali makcik suruh dia balik, kerja je dekat sini, senang. Tak juga dia dengar. Abangnya ada, tapi tak ambil kisah sangat. Dia kerja besar, orang besar Universiti. Sibuk sangat dengan kerja dan keluarga dia… Hidup makcik taklah susah, tapi hmm entahlah, makcik pun tak tahu nak cakap macamana. Entah esok, entah lusa, makcik tak de". Ibu tua itu terdiam lama…

Pasti ibu tua itu tidak keseorangan terperosok dalam alunan perasaan sedemikian. Tidak sedikit ibu ayah yang sugul, susah hati, kecil hati, terkilan akibat seribu satu macam perkara dan peristiwa yang berkait dengan hal anak-anak. Anak-anak yang dulunya dididik dengan penuh tanggungjawab, kini sudah dewasa. Mereka sudah pun bekerja, ada yang sudah berkeluarga, punya isteri, suami dan anak-anak. Mereka sudah miliki kehidupan sendiri. Namun, mungkin dek kerana sibuk dengan kerjaya, keluarga dan tuntutan kehidupan kini, ada adab-adab terhadap ibubapa yang kita abaikan, ada cacat cela yang tumbuh dalam hubungan kita dengan ibu dan ayah. Akibat kealpaan itu, hati dan perasaan halus ibu dan ayah mungkin terguris. Tinggallah ibu ayah seakan terbiar sepi dan terlonta-lonta membendung perit perasaan yang sukar orang lain nak faham.

Rupanya, cabaran ketaatan dan berbuat baik terhadap ibubapa datang lebih hebat sewaktu mereka dah tua dan kita dah dewasa dan berkeluarga. Kadang-kadang kita terlepas pandang, tak perasan, tak kisah atau rasa semua dah ok. Makan minum ada, pakaian semua cukup, tempat tinggal bagus…kira ok dah…Tetapi jauh di sudut jiwanya, mungkin ada kekosongan yang tidak terisi dgn perkara makan dan minum, mungkin ada nilai kasih sayang dan hormat yang kita abaikan pada mereka…


Bagaimana Sikap Kita?

Ada baik kiranya kita duduk sejenak memikirkan di mana kita dalam soal ini. Kita suluh kembali perlakuan dan sikap kita terhadap ibu dan ayah.. Hal ini amat penting kerana :

Ia ada hubungkait dengan kebahagiaan dunia dan akhirat kita. Redha Ibubapa pintu keredhaan Allah dan Syurga yang penuh kenikmatan itu letaknya di bawah tapak kaki ibu.
Kita akan tua juga. Masa berlari pantas, kita akan mengambil usia tua ibu ayah dan rentak perasaan orang-orang tua.. Anak-anak akan ambil tempat kita. Kita akan lebih faham perasaan ibu ayah bila kita berada d tempat mereka.
Bagaimana kita melayan ibu ayah kita, anak-anak kita tengok saja. Tak payah diajar, mereka akan copy semuanya dan install dalam memori mereka. Waktu kita dah tua nanti, mereka repeat saja.

Sementara ibu dan ayah masih ada, kita masih belum terlewat, kesempatan ini jangan dipersiakan. Bagi ibu ayah yang dah meninggal dunia, ada tuntutan dan tanggungjawab yang perlu kita buat…Tegasnya, selagi ada nyawa, ada kesempatan, ada kesedaran dan ada kemahuan, inshaAllah, kita boleh usahakan sesuatu…


Wasalam
Hub Islami

P/S
Renungilah bingkisan penting ini dengan lebih jelas melalui Buku Wahai Ibu! Wahai Ayah!,
Ia menceritakan segalanya tentang ibubapa dan kita, menurut kacamata Islam.

Read more!

Monday, March 2, 2009

"KISAH YANG MUNGKIN NYATA"

Bila Allah Cepat Makbulkan Doamu, Maka Dia Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. ..
BACALAH UNTUK DIAMBIL IKHTIBAR DAN MUHASABAH DIRI


Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus

duduk berehat disofa sambil melepas penat. Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat. Sementara anak2 & isteri sedang berkumpul diruang tengah.

Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2 yang menghembus tepat di muka ku. Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba2 sudah berdiri di depan mata.

Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu. Sebelum sempat bertanya.... . siapa dia.... tiba2 aku merasa dada ku sesak...sukar untuk bernafas.... namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa.Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan2 dari dadaku...... terus erjalan..... kekerongkongku. . sakittttttttt. ........sakit. rasanya.

Keluar airmataku menahan rasa sakitnya,... Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku...... Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku...kkhh. ........ khhhh..... kerongkonganku berbunyi. Sakit rasanya, amat teramat sakit..... Seolah tak mampu aku menahan benda tadi...Badanku gementar... peluh keringat meluncur deras....mataku terbelalak.. ... air mataku seolah tak berhenti.Tangan & kakiku kejang2 sedetik setelah benda itu meninggalkan aku.

Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu... pergi... berlalu begitu saja.... hilang dari pandangan.

Namun setelah itu......... aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat,segar, cerah... tidak seperti biasanya. Aku heran... isteri & anak2 ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke arahku.. Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi. Badannya dingin kulitnya membiru. Siapa dia???????.. Mengapa anak2 & isteriku memeluknya sambil menangis...mereka menjerit... histeria . terlebih isteriku seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi... Siapa dia......... ..????? ??? Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan. Dia........ dia....... dia mirip dengan aku.... ada apa ini Tuhan...???? ????

Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu..... Aku cuba pula untuk merangkul anak2 ku tapi tak berjaya. Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku. Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini.. Aku mulai berteriak... . tapi mereka seolah tak mendengarkan aku. Seolah mereka tak melihatku... . Dan mereka terus-menerus menangis.... aku sedar.. aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku. Aku telah mati... aku telah mati.
Aku telah meninggalkan mereka .. tak kuasa aku menangis.... berteriak. ....Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku.

Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka. Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka. Tapi waktuku telah habis....... . masaku telah terlewat.... aku
sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja. Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dll.

Aku menyesal aku terlambat menyedarinya. Aku mati dalam keadaan belum solat.
Oh Tuhan, JIKA kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih bias membaca E-mail ini sungguh aku amat sangat bahagia. Kerana aku MASIH mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa & berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia.


"Sesungguhnya Allah Tidak Dapat Mengubah Nasib Sesuatu Kaum Itu, Melainkan Mereka Sendiri Yang Mengubah Diri Mereka"?..........

Read more!

Doa Apabila Menghadapi Tekanan (Stress)


Here is the beginning of my post. And here is the rest of it.

Read more!

Sunday, March 1, 2009

"PARADIGMA GURU-GURU AGAMA"


Tahun ini adalah tahun ke-tujuh MQU beroperasi. Walaupun tempoh itu bukanlah satu tempoh yang lama dan boleh dibanggakan, namun begitu rasanya tujuh tahun adalah satu tempoh yang melayakkan saya membuat khulasah mengenai suasana pembelajaran tahfiz & diniyah atau lebih tepat lagi, penilaian suasana pembelajaran di sebuah institusi pendidikan agama.
Diantara kepuasan yang saya perolehi didalam menguruskan sebuah ma'had tahfiz dan madrasah diniyah adalah melihat anak-anak di MQU membesar di dalam suasana pembelajaran Islam. Disiplin amat diberatkan dan walaupun kita tetap berhadapan dengan isu-isu disiplin pelajar, ianya tidaklah seteruk jika dibandingkan dengan masalah disiplin di sekolah-sekolah harian biasa.

Kebelakangan ini diantara kes-kes disiplin yang telah sampai ke pengetahuan saya ialah kes pelajar menyalah-gunakan talipon bimbit dan mengunjungi cyber cafe di luar waktu pengajian. Talipon bimbit telah dilarang penggunaannya di dalam perkarangan madrasah sejak pertengahan tahun lepas kerana terdapat kes pelajar menyalah-gunakannya untuk mendengar lagu-lagu yang melalaikan dan juga berpacaran melalui sms. Didalam kes-kes terbaru yang melibatkan pelajar yang melanggar peraturan ini, hukuman rotan umum telah dikenakan.

Tulisan saya pada kali ini sebenarnya bukanlah bertujuan untuk membincangkan masalah disiplin pelajar atau hukuman rotan. Sebagaimana yang telah saya sebutkan di dalam mukaddimah posting ini, tujuh tahun adalah satu tempoh yang membolehkan saya membuat khulasah kukuh tentang suasana pembelajaran di sebuah institusi pengajian pendidikan Islam. Perkara yang ingin saya ketengahkan di dalam blog ini ialah mengenai sikap dan tahap professionalisma orang-orang yang berpendidikan Islam. Perkara ini ada kaitan dengan contoh teladan yang dipamirkan kepada para pelajar dan mengapa tarbiyyah di sekolah agama kurang menjadi seperti yang diharapkan.

Umumnya anggota-anggota masyarakat yang membuat keputusan untuk menghantar anak-anak mereka menuntut di sekolah-sekolah agama ialah kerana keprihatinan mereka terhadap agama itu sendiri dan ingin agar anak-anak mereka menerima tarbiyyah Islam yang sempurna. Kefahaman umum masyarakat Islam di negara ini dan umumnya di seluruh dunia, ialah bahawa orang-orang yang menerima pendidikan agama Islam secara resmi adalah contoh teladan yang terbaik kerana mereka telah banyak menerima tarbiyyah semasa belajar.

Sebagai orang awam biasa pada peringkat awal mengasaskan MQU, andaian saya sama seperti kebanyakan orang. Kepercayaan yang begitu tinggi diletakkan diatas guru-guru agama ; samada guru-guru tahfiz mahupun guru-guru diniyyah agar tanggungjawab pengajaran dan tarbiyyah dijalankan pada tahap professionalisma yang tinggi. Namun begitu, yang didapati dari pengalaman dari setahun ke setahun, guru-guru yang rendah tahap disiplin dan professionalisma mereka adalah guru-guru agama. Bukan tidak ada guru-guru akademik yang tidak berdisiplin, (atau guru-guru agama yang cemerlang) tetapi jumlah mereka adalah kecil . Sikap-sikap negatif yang diperhatikan selama tujuh tahun samada di MQU ataupun dari pengalaman yang dikongsikan oleh rakan-rakan seangkatan yang lain diringkaskan seperti berikut:

KETEPATAN MASA
i. Beberapa tahun yang lepas kami menyedari terdapat segelintir guru membazir masa pelajar dengan datang lewat ke kelas. Untuk mengatasi perkara ini, saya memutuskan untuk meletakkan mesin rakaman masa (punch card). Tidak kurang guru yang merungut, kebanyakkannya guru-guru agama. Memang saya jangka dari awal golongon guru-guru tersebut yang akan banyak merungut kerana masalah guru-guru yang kerap lewat dan/atau menghilang dari kelas memang datang dari kalangan guru-guru yang berlatar-belakang berpendidikan agama.

ii. Kerap juga saya menerima aduan dari jiran tetangga yang mengatakan bahawa mereka mendapati guru-guru tidur ketika waktu mengajar didalam kelas. Saya bersangka baik dengan memberitahu hati saya bahawa guru-guru tersebut kuat amal-ibadat mereka diwaktu malam. Beberapa kali perkara ini diberitahu secara umum didalam mesyuarat guru tetapi apabila tidak menampakkan perubahan, maka guru yang terbabit dimaklumkan secara lisan.

MENGAJAR TANPA OBJEKTIF
Guru-guru Pendidikan Islam sebelum ini diketahui umum oleh warga guru di MQU kurang kesungguhan dan tidak teratur cara pengajaran mereka. Mereka kerap datang ke kelas tanpa persediaan rapi. Satu penyelesaian bagi mengatasi masalah ini, adalah dengan memasukkan silibus pendidikan Islam JAIS dan menetapkan agar semua pelajar menduduki pepereksaan umum PSRA. Seorang guru baru yang berpengalaman telah diambil dan dijadikan guru panitia pendidikan Islam dan sistem cerapan dan semakan buku rekod mengajar telah dikemaskinikan. Harapan kami, mudah-mudahan dengan adanya satu target dan sistem pemantauan yang jelas dikalangan guru-guru PI, ditokok dengan sistem penilaian pelajar yang berkecuali (PSRA), maka akan menghasilkan kaedah pengajaran yang lebih teratur. Namun begitu hasilnya yang sebenar masih lagi tidak boleh diputuskan kerana ini merupakan tahun pertama sistem ini diimplementasikan di MQU.

TIADA INISIATIF UNTUK KERJA LEBIH MASA
Guru-guru akademik MQU berebut sesama mereka untuk mendapatkan masa lebihan bagi mengadakan kelas tambahan kerana risaukan prestasi pelajar-pelajar mereka. Guru-guru agama kurang berinisiatif untuk melakukan perkara yang sama. Walaupun begitu bila di minta biasanya mereka tidak akan membantah.

KURANG INISIATIF UNTUK BELAJAR KEMAHIRAN BARU
Kebanyakan guru-guru agama sukar untuk mempelajari kemahiran-kemahiran baru yang sesuai dengan kehendak zaman seperti penggunaan komputer. Dalam banyak perkara, maklumat amat lambat sampai kepada mereka kerana cara-cara penyebaran maklumat yang terkini yang cepat dan lebih menjimatkan seperti penggunaan email tidak dimenafaatkan. Di MQU, kami telah berusaha membantu mendaftarkan email dan mengajar para guru cara-cara penggunaan email malahan menyediakan peralatan komputer dengan talian internet, namun guru-guru agama nampaknya tidak bersedia keluar dari paradigma lama. Guru-guru agama umumnya juga kerap meminta bantuan rakan-rakan lain menaipkan kertas soalan mereka didalam perisian komputer seperti word kerana mereka sendiri tidak mengambil inisiatif mempelajari cara-cara penggunaannya.

Jika sekiranya sikap tidak mahu mempelajari sesuatu yang baru diluar bidang pengkhususan dianggap sesuatu yang umum untuk semua orang, maka sebenarnya pengalaman saya berurusan dengan guru-guru agama mendapati didalam bidang pengajian Islam sendiri pun ada kalangan guru-guru agama tidak sedia membuat penambahan kemahiran. Berikut adalah beberapa kes untuk dikongsi:

i. guru-guru yang belajar di peringkat ulum tinggi sangat tidak berminat untuk terlibat dengan bidang mengajar peringkat kanak-kanak diperingkat umur bawah 12 tahun. Respon yang diberikan menggambarkan kebanyakan para ulama Malaysia menganggap mengajar kanak-kanak adalah sesuatu yang "tidak ada standard" dan tidak sesuai dengan status ulama' yang mereka pegang. Sikap ini berbeza dengan masyarakat barat (kafir) dimana terdapat ramainya ahli akademik yang membuat pengkhususan PhD. dan post graduate di dalam bidang pendidikan awal tahun (early years education);

ii. guru ulum syarie tidak mahu mengajar bidang tahfiz atas alasan tidak mahir. Di MQU sehingga ke hari ini belum lagi ada guru berlatar-belakang akademik yang ada asas al-Qur'an menolak untuk mengajar sesi tahfiz apabila ditawarkan. Mereka menunjukkan minat untuk belajar sesuatu yang diluar bidang mereka malahan apabila diberitahu bahawa tawaran itu adalah berserta dengan kursus dan bimbingan maka mereka yang ditawarkan terus menerima tawaran tersebut tanpa banyak soal. Dapat dilihat perasaan mereka yang amat bersyukur kerana diberi peluang sedemikian kerana merasakan inilah peluang untuk mereka membuat amal jariah yang sangat tinggi, (maksud hadith: Yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang belajar dan mengajar al-Qur'an);

iii. berkaitan dengan perkara i., saya pernah menerima panggilan talipon dari seseorang yang bertanyakan tentang program cuti sekolah di MQU (bukan dari warga ibu-bapa MQU), beliau juga mengambil kesempatan bertanya lanjut tentang MQU dan didalam perbualan itu, individu tersebut (diketahui dari perbualan merupakan seorang alim) ada menyebut dengan nada rasa bangga diri sedikit bahawa beliau belajar ulum sehingga berjaya memperolehi beberapa sanad pengajian didalam tafsir, hadith dan sebagainya. Saya bertanya beliau selepas itu "kalau ustaz telah pun ada semua ilmu-ilmu tersebut, kenapa masih lagi hendak mencari tempat untuk mengajar anak ustaz?" dia hanya menjawab "saya tidak ada masa"; satu isu yang perlu orang-orang agama fikirkan dengan serious sekarang adalah telah mula terdapat banyak kes dikalangan orang -orang agama samada dari kalangan ulama' atau pendakwah yang begitu sibuk dengan mengajar dan berdakwah kepada masyarakat dan ummat, tetapi ahli keluarga mereka sendiri terabai sehinggakan terbentuk sikap dan akhlaq yang tidak mencerminkan kecantikan Islam. (Peringatan ini adalah amaran untuk diri SAYA sendiri)

TIDAK BOLEH BERKERJA BAWAH TEKANAN
Di MQU, sistem kerja guru-guru hampir sama dengan sistem kerja disekolah-sekolah biasa dimana para guru perlu membuat perancangan mengajar tahunan dan harian. Cerapan mengajar juga dibuat dari masa ke semasa. Lazimnya guru-guru agama khususnya yang tidak pernah didedahkan dengan sistem kerja sebegini merasa tekanan yang amat berat. Mentality mereka biasanya berkonsep habis mengajar habis tanggungjawab. Guru-guru yang paling ramai berhenti dengan notis 24jam dan membiarkan kerja tertunggak adalah guru-guru agama, tidak kira yang belajar diperingkat ma'had tahfiz, madrasah diniyah, pondok malahan lulusan universiti sendiri. Mereka memberi gambaran seolah tidak rasa bersalah membiarkan kelas tanpa ada guru sewaktu pengajian tahunan berjalan dengan rancak; sesuatu yang jarang berlaku dikalangan guru-guru akademik yang mana telah membuktikan kepada pihak kami, walaupun telah berhenti secara resmi, masih lagi berhubung dan bertanyakan perkembangan para pelajar dan cuba membantu di mana yang mereka mampu.

Ada juga kalangan guru-guru agama peringkat thanawi yang menyerahkan sahaja supaya buku rekod mengajar mereka dibuat oleh murid mereka sendiri. Bagi yang berusaha membuatnya sendiri pula, didapati hasil kerja buku rekod tersebut sangat rendah mutunya. Namun begitu tidak dinafikan, ada kalangan guru agama MQU yang buku rekod mereka sangat bermutu tinggi dan menandingi mutu buku rekod guru-guru akademik. Lazimnya mereka adalah guru-guru yang bersikap terbuka dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri.

MEMBAWA MASALAH PERIBADI DIDALAM KERJA
Guru-guru agama juga kerap memberi alasan-alasan peribadi seperti masalah keluarga dan sebagainya sebagai alasan apabila ditanya mengapa mereka memberi hasil kerja yang rendah mutunya atau mengapa mereka tidak dapat hadir mesyuarat atau aktiviti-aktiviti tambahan di madrasah. Kerap kali mereka memperbodohkan diri mereka apabila memberi alasan-alasan ini (yang agak remeh) didalam mesyuarat secara terbuka. Sebagai seorang pengurus di sebuah syarikat swasta, saya tahu bahawa saya banyak memberi kelonggaran kepada guru-guru di MQU khususnya guru-guru agama dibandingkan dengan cara pengurusan saya di pejabat. Sekiranya tahap pengurusan pejabat ataupun cara pengurusan sekolah contoh seperti sekolah bestari/kluster dibawa ke MQU, besar kemungkinan kebanyakan guru-guru agama tidak dapat menyesuaikan diri.

LEBIH BANYAK BERUSAHA MEMINTA KENAIKAN GAJI DARI BERUSAHA MEMPERBAIKI PRESTASI DIRI
Guru-guru agama lebih banyak berhujjah dengan pihak pentadbiran untuk menaikkan gaji mereka walaupun mereka sedar bahawa kebanyakan institusi agama yang mereka berkhidmat di dalamnya bergerak diatas dasar kebajikan. Ini bukanlah alasan bagi pihak pentadbiran institusi-institusi agama untuk mengambil kesempatan diatas mereka tetapi di dalam keadaan zaman dan suasana masyarakat Islam di Malaysia sebagaimana hari ini yang kurang mengambil berat tentang kebajikan sekolah-sekolah agama, tidak banyak yang boleh diusahakan untuk menaikkan taraf kehidupan mereka kerana ini melibatkan faktor kos. Hujjah yang mutakhir sekarang ialah guru-guru yang berkhidmat didalam j-Qaf hatta KAFA di negeri Selangor mendapat tangga gaji sekian-sekian. Perbandingan yang dibuat seperti membandingkan buah epal dengan oren i.e. sekolah-sekolah agama bawah kelolaan kerajaan dengan sekolah-sekolah agama biayaan sendiri. Semasa guru-guru KAFA menerima gaji yang rendah, tidak ada pula usul untuk meminta gaji dipotong supaya selaras dengan guru-guru aliran tersebut. Gaji sentiasa diminta naik tetapi prestasi tidak nampak peningkatan malahan ada guru yang baru berkhidmat dan belum diserap sepenuhnya lagi juga lebih sibuk bercakap tentang gaji dari membuktikan kepada pihak pentadbiran prestasi kerja mereka. Perkara ini hampir-hampir jarang berlaku dikalangan guru-guru akademik, paling kuat pun, mereka akan memberi notis di "HUJUNG" sesi pengajian tahunan dan meminta maaf tidak mampu untuk meneruskan perkhidmatan mereka.

TIDAK BOLEH DITEGUR
Rata-rata guru-guru agama (tahfiz & diniyyah) kurang berlapang dada apabila dibawa apa-apa isu berkenaan sikap dan budaya kerja mereka walaupun usaha untuk menutup aib dilakukan dengan cara memanggil mereka untuk berbincang secara tertutup. Lebih teruk dari itu, telah beberapa kali saya berhadapan kes anak-anak saya menjadi mangsa untuk dilepaskan kemarahan atau ketidak-puasan hati kerana menerima teguran dari saya. Antara perkara-perkara yang pernah berlaku adalah:

i. anak perempuan saya pernah dimarahi dan dileteri dengan perkataan-perkataan seperti bodoh, bebal dan kerap kali tidak disemak hafazannya. Perkara-perkara ini dimaklumkan kepada kami oleh rakan-rakan kelas anak perempuan saya yang prihatin, kerana anak perempuan saya sendiri tidak berani menceritakan kepada saya atau ibunya kerana takut dimarahi dengan lebih teruk lagi. Kebanyakan guru-guru tahfiz anak perempuan saya akhirnya berhenti atau diberhentikan dari MQU kerana kes-kes disiplin. Yang paling terbaru yang berlaku tahun lepas, guru tersebut berhenti dengan notis 24 jam kerana dikesan oleh pihak pentadbiran kerap keluar malam dari kawasan madrasah kerana berdating dengan teman lelaki, disebarkan cerita pula bahawa pihak madrasah khususnya saya memfitnah beliau dan saya sendiri dikatakan tidak suka padanya secara peribadi kerana cara beliau berpakaian. Saya hairan dengan alasan ini kerana (a) saya sendiri tidak pernah menegurnya tentang cara pemakaiannya memandangkan tidak ada isu melanggar peraturan pakaian (b) cara pakaiannya mirip cara berpakaian isteri saya sendiri! Anak perempuan saya yang terlibat didalam kes ini telah dikesan oleh kaunselor MQU memiliki tahap keyakinan diri yang rendah walaupun memperolehi 4A1B didalam UPSR. Hafazannya yang agak cepat pada peringkat awal, menampakkan perkembangan yang agak statik sejak dua tahun lepas.

ii. seorang anak lelaki saya pernah dirotan sehingga menampakkan kesan dibelakang tengkuknya. Saya telah menalipon guru anak saya dan bercakap secara baik. Guru tersebut memberi alasan bahawa anak saya yang paling bermasalah didalam kelas. Saya menyatakan bahawa saya menalipon sebagai ayah dan bukan di atas kapasiti saya sebagai pengetua. Guru tersebut diberitahu bahawa saya redha anak saya di rotan tetapi hendaklah menepati cara syariat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak madrasah. Kesan rotan dibelakang tengkuk sesuatu yang tidak boleh diterima tidak kira betapa nakal hatta jahat sekalipun seorang pelajar, tetapi memandangkan saya adalah pengetua dan mangsa merupakan anak saya sendiri, kes ini ditutup dengan sekadar pemberian nasihat kepada guru terbabit. Anak saya yang disebutkan didalam kes ini telah mula pandai membaca al-Qur'an dan buku kanak-kanak sejak berumur empat (4) tahun, berubah dari seorang pelajar yang ceria dan aktif , kepada seorang yang pendiam dan pasif dan agak mundur didalam beberapa mata-pelajaran khususnya hafazan dan Pendidikan Islam.

KESIMPULAN

Mungkin ada yang merasakan bahawa perkara-perkara ini berlaku kerana tekanan dan bebanan guru-guru agama kerana gaji yang rendah dan kurang insentif menyebabkan mereka menghadapi tekanan hidup yang berat. Saya merasakan tidak, kerana sebagai sebuah madrasah integrasi tahfiz-diniyah dengan akademik, sudah tentu jika gaji dan insentif adalah penyebab utamanya maka sikap negatif ini sudah pasti timbul dari guru-guru yang berlatar-belakang akademik juga.

Adakah penyebabnya terletak pada persekitaran, pengalaman dan budaya yang mereka contohi ketika mereka menimba ilmu Pendidikan Islam? Saya seperti anda, mungkin berat untuk menerima ini sebagai hakikatnya. Fenomena yang dilihat berlaku sekarang ini pun bukanlah suatu isu dizaman kegemilangan sekolah-sekolah pondok dinegara ini suatu masa dahulu. Ramai dari kalangan guru-guru agama aliran lama, nama-nama mereka masih begitu segar didalam masyarakat kita. Sifat-sifat mereka yang mulia khususnya QANA'AH dan kesungguhan dalam mencurahkan ilmu begitu menonjol dan diingati oleh mereka-mereka yang berkesempatan melalui zaman tersebut. Maka apakah punca yang menyebabkan "kebanyakkan" guru-guru yang berlatar-belakang berpendidikan agama HARI INI mempunyai sikap dan tahap professionalisma yang rendah? Perlu ada pihak-pihak yang berkelayakan membuat kajian terperinci mengenai perkara ini kerana kegagalan untuk mengetahui punca yang sebenarnya dikhuatiri akan menjejaskan perkembangan dan penghayatan Islam di dalam masyarakat melayu Malaysia di masa hadapan.

Sayugia saya menyebut disini, bahawa pendedahan ini di buat bukan bertujuan untuk mengaibkan individu-individu tertentu, para guru agama apatah lagi MQU sendiri. Sehingga ke hari ini MQU telah membuktikan bahawa pelajar-pelajar kami umumnya masih setanding dari segi kualiti hafazan, akademik, diniyyah dan juga akhlaq dengan ma'had tahfiz, sekolah dan madrasah lain hasil dari komitment barisan guru-gurunya dari kalangan guru tahfiz, akademik dan diniyyah. Perkara-perkara ini dipaparkan agar semua warga MQU khususnya guru-guru agama sentiasa peka dan tidak terjerumus di dalam zon keselesaan. Kita perlu sedar bahawa sebagai umat Islam yang dipilih untuk memikul amanah khusus dari ALLAH swt untuk perkembangan agamanya, maka perlu adanya anjakan paradigma pada diri kita agar kita sentiasa berterusan berusaha memperbaiki diri masing-masing.

http://qasimululum.blogspot.com/

Read more!

Bahasa Melayu boleh jatuhkan Yahudi


Demi mengejar kemajuan dunia pemerintah negara kita buat macam-macam sampai menjadikan dasar mewajibkan pelajar mempelajari subjek-subjek tertentu dalam bahasa Inggeris !! Mengapa bahasa Inggeris tidak dijadikan bahasa untuk ajar agama Islam ? Saya rasa ada lebih baik bahasa Inggeris dijadikan bahasa untuk pendidikan agama terutama kepada pelajar yang bakal keluar negara di mana English merupakan bahasa yang digunakan sebagai bahasa utama atau bahasa kedua di negara-negara berkenaan. Secara tidak langsung mereka juga akan lebih faham tentang Islam kerana kebanyakan pelajar yang dihantar keluar negara pengetahuan agama mereka amat cetek. Jika mereka dilengkapkan dengan pengetahuan agama yang lebih mendalam dan pada masa yang sama mampu bertutur dengan fasih dalam bahasa Inggeris mungkin mereka mampu berhujah dengan ramai manusia di sana yang tidak tahu apakah sebenarnya yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW tentang Islam. Terlalu banyak salah faham tentang Islam di luar sana tapi tak kurang juga orang Islam di negara kita sendiri pun ramai yang dok tak faham atau ? buat-buat tak faham tentang ajaran Islam. Tak beerapa faham adalah perkara biasa tetapi berusahalah untuk faham. Masalahnya mereka ada agenda mereka sendiri untuk selewengkan syariat Islam tapi tak faham pula mengapa JAKIM tidak bertindak keatas mereka ?? Kumpulan ini terdiri dari kaum perempuan yang menggelarkan diri mereka ? Sisters In Islam. Katanya mereka ini dilindungi oleh beberapa pembesar negara ?

Kabarnya beberapa Persatuan Ulamak telah mengambil inisiatif untuk halang rancangan mereka berkumpul di negara ini bersama ramai tokoh-tokoh sealiran dengan mereka dari luar negara. Harap para ulamak kita kenalah lebih proaktif !! Mufti-mufti pun macam ? tak kisah sangat kepada puak ni.Mungkin mereka bertindak secara diam-diam Alhamdulilah yang jadi ketua persatuan para ulamak Malaysia sekarang kalau tak salah saya bekas seorang Mufti yang agak berani berasal dari Terengganu dan saya mengenalinya secara peribadi. Ketua ulamak Pulau Pinang juga pernah jadi guru saya secara tak rasmi !! Hasil berguru dengan beliau bolehlah hafal beberapa ayat al Quran termasuk beberapa ayat awal dari surah al Ankabut yang menyebut kisah orang yang mengaku beriman tapi bila diuji oleh Allah swt jelaslah hipokrit nya mereka !! Dimanakah pula persatuan Mufti ? Wujudkah persatuan Mufti dan Timbalan-Timbalan/ Penolong Mufti ? kalau wujud mereka mungkin lebih berautoriti daripada Mufti dok bertindak sorang-sorang. Terkenang Allahyarham seorang Mufti yang sanggup berdepan dengan seorang PM semasa hayatnya akhirnya dipecat. Begitulah keberanian yang diharapkan kepada para Mufti kerana di negara kita pun masih ramai pemimpin-pemimpin yang siang hari mulut kata celaka Yahudi tapi malam hari mereka juga tidor sebantal dengan Yahudi. Wallahua'lam.

ibnuAli
kota jembal

Read more!

JAGA 7 SUNNAH RASULULLAH S.A.W



"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup. Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
www.iluvislam.com

Read more!

7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi


Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.
2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari. 3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.
4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.
Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!
5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.
Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.
Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.
Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.
Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.
6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.
7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.
Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.
Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.
Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

Read more!

JANGAN AMBIL MUDAH, TAPI FIKIR-FIKIRKANLAH

Kedudukan jerawat dan info
DAHI
Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat
tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak
. HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau system reproduksi

DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman)lemah.
Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah
rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.


.

Read more!

MENGAPA YAHUDI BIJAK

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang... > tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi,
> dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang
> paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang
> paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai
> oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan,
> senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.
>
> Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang
> saya menghitung hari untuk pulang ke California saya
> terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa
> tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu
> kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh
> dijana? Seperti kilang pengeluaran?
>
> Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya,
> disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara
> harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini
> mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk
> mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.
>
> Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat
> resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan
> sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan
> bangsa dan kaum kaum lain.
>
> Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan
> zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang
> mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu
> akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa
> akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah
> metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman
> saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan
> bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat
> menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang
> metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya
> bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau
> menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam
> kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia
> menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini
> membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau
> seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa
> jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau
> melahirkan anak.
>
> Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau,
> sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang
> badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan
> utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad
> yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang,
> menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan
> otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang
> dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak
> didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang
> orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam
> kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil
> minyak ikan.
>
> Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang
> Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu
> mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka
> gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan
> biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan,
> menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan
> bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama
> badam.
>
>
> Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan
> dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat
> jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah
> buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan
> kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini
> akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah
> untuk memahami pelajaran disekolah.
>
> Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang
> makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa
> malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam
> merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti
> Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel
> utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini
> bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat
> otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui
> oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok
> harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok
> terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)
>
> Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka,
> Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah
> buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil
> minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak
> Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa
> iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka
> telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu
> kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota
> notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah
> tentu bakal menjadikan budak itu bijak.
>
> Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate
> (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali
> genius musik terdiri dari kaum Yahudi.
>
> Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan
> diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains
> amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya,
> perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh
> berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun
> kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap
> oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga
> menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan
> ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini,
> memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu
> perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan
> negara.
>
>
> Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi
> (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata
> sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek
> mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut,
> tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa
> senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke
> institute tinggi di Politeknik dan Universiti.
>
> Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan.
> Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan
> seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun
> diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki
> melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan
> lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat
> keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah
> kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja
> sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah
> mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg
> mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di
> Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
>
> Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah
> mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala
> mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka
> dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur
> Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk
> atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan
> otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun,
> mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai
> adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya
> sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan
> mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!
>
> Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia
> membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah
> tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas,
> jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan
> pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan
> anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan
> yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola,
> DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut
> dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan
> perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti
> perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar
> dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka
> sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu
> mengapa hospital di New York dan California sentiasa
> kekurangan doktor pakar.
>
> Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan
> keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan
> semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin?
> Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung,
> galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah
> tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik.
> Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok
> dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak
> kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak,
> dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih
> anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg
> memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola
> keranjang, dart dan menembak.
>
> Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah
> tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok.
> Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan
> sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu
> susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga
> sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari
> untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah
> Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya
> begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran
> mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat
> banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon
> hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar
> Manhattan !!
>
> Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan
> jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong
> teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta,
> dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga
> hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok!
> Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan
> penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah
> universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat
> dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat
> berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka
> begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga
> berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik
> sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah
> sendiri.
>
> Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama
> atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari
> semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu
> politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu
> kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi?
> Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya
> memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara
> mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi
> sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini
> setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah
> saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia
> dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya
> hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!
>
> Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia
> yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat
> tanpa mengenal batasan bangsa.
>
> Dr. Stephen Carr Leon


Read more!

PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA

Dasar Pendidikan Terbuka

Kejayaan sesebuah negara adalah terletak di bahu rakyatnya. Malaysia seperti yang dimaklum adalah sebuah negara majmuk (multiracial) yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan budaya. Rakyatlah yang akan meletakkan Malaysia dipeta dunia. Untuk merealisasikan sistem pendidikan bertaraf dunia maka Dasar Pendidikan Terbuka perlu di amalkan. Ini dapat dilakukan melalui yang pertama,

peluang sama rata kepada semua pensyarah instutusi pendidikan guru untuk mendapat ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman di peringkat nasional dan antarabangsa. Dengan memberi peluang demikian institusi pendidikan guru tidak akan menghadapi masalah kekurangan kepakaran. Buat masa ini hanya sebilangan kecil pensyarah sahaja yang mendapat peluang untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran terutama pendedahan di luar negara. Sudah terbukti dengan jelas pensyarah yang mendapat latihan di peringkat yang lebih tinggi mempunyai kompetensi yang lebih tinggi berbanding dengan yang lain. Contohnya dalam isu keupayaan dan kefasihan berbahasa Inggeris bagi pensyarah-pensyarah sains dan matematik.
Kedua,
peluang mendapat tempat belajar di institut pendidikan guru. Setakat ini hanya sekitar 6-7% sahaja calon-calon yang berjaya mendapat tempat di IPG. Dengan membuka peluang yang lebih sudah pasti persaingan untuk menjadi yang lebih baik akan bertambah. Dengan itu kualiti bakal guru yang akan di hasilkan juga akan meningkat.
Ketiga,
membuka atau membenarkan pelajar luar negara mengikuti pengajian di institut pendidikan guru (IPG). Dengan ini mereka akan membawa balik sistem pendidikan negara ini ke negara mereka dan menjadikan kita sebagai model.
Kempat,
membenarkan atau menggalakkan pelajar dan pensyarah institut pendidikan guru mengakses, bertukar-tukar idea dan pengalaman melalui jaringan internet di seluruh dunia. Contohnya memperolehi pengetahuan melaui “open source software” dan pertukaran maklumat dengan dunia luar. (Anne Moore, Educause Review, September/October 2002.) Yang terkini program Intel Teach to the future anjuran Intel Corporation bersama IPG telah melaksanakan pembelajaran “Project Based Learning” . Pihak IPG telah memasukkan program ini di dalam kerja kursus bagi pelajar-pelajarnya.
Kelima,
mengurangkan kerenah birokrasi untuk tujuan peningkatan ilmu bagi komuniti institut pendidikan guru. Contohnya meningkatkan had umur untuk menyambung pelajaran atau kursus-kursus dalam perkhidmatan anjuran IPG dan Kementerian Pendidikan. Selain daripada itu membenarkan masyarakat setempat mengakses apa-apa maklumat daripada IPG dengan mudah.

Read more!