Dasar Pendidikan Terbuka
Kejayaan sesebuah negara adalah terletak di bahu rakyatnya. Malaysia seperti yang dimaklum adalah sebuah negara majmuk (multiracial) yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan budaya. Rakyatlah yang akan meletakkan Malaysia dipeta dunia. Untuk merealisasikan sistem pendidikan bertaraf dunia maka Dasar Pendidikan Terbuka perlu di amalkan. Ini dapat dilakukan melalui yang pertama,
peluang sama rata kepada semua pensyarah instutusi pendidikan guru untuk mendapat ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman di peringkat nasional dan antarabangsa. Dengan memberi peluang demikian institusi pendidikan guru tidak akan menghadapi masalah kekurangan kepakaran. Buat masa ini hanya sebilangan kecil pensyarah sahaja yang mendapat peluang untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran terutama pendedahan di luar negara. Sudah terbukti dengan jelas pensyarah yang mendapat latihan di peringkat yang lebih tinggi mempunyai kompetensi yang lebih tinggi berbanding dengan yang lain. Contohnya dalam isu keupayaan dan kefasihan berbahasa Inggeris bagi pensyarah-pensyarah sains dan matematik.
Kedua,
peluang mendapat tempat belajar di institut pendidikan guru. Setakat ini hanya sekitar 6-7% sahaja calon-calon yang berjaya mendapat tempat di IPG. Dengan membuka peluang yang lebih sudah pasti persaingan untuk menjadi yang lebih baik akan bertambah. Dengan itu kualiti bakal guru yang akan di hasilkan juga akan meningkat.
Ketiga,
membuka atau membenarkan pelajar luar negara mengikuti pengajian di institut pendidikan guru (IPG). Dengan ini mereka akan membawa balik sistem pendidikan negara ini ke negara mereka dan menjadikan kita sebagai model.
Kempat,
membenarkan atau menggalakkan pelajar dan pensyarah institut pendidikan guru mengakses, bertukar-tukar idea dan pengalaman melalui jaringan internet di seluruh dunia. Contohnya memperolehi pengetahuan melaui “open source software” dan pertukaran maklumat dengan dunia luar. (Anne Moore, Educause Review, September/October 2002.) Yang terkini program Intel Teach to the future anjuran Intel Corporation bersama IPG telah melaksanakan pembelajaran “Project Based Learning” . Pihak IPG telah memasukkan program ini di dalam kerja kursus bagi pelajar-pelajarnya.
Kelima,
mengurangkan kerenah birokrasi untuk tujuan peningkatan ilmu bagi komuniti institut pendidikan guru. Contohnya meningkatkan had umur untuk menyambung pelajaran atau kursus-kursus dalam perkhidmatan anjuran IPG dan Kementerian Pendidikan. Selain daripada itu membenarkan masyarakat setempat mengakses apa-apa maklumat daripada IPG dengan mudah.
0 comments:
Post a Comment